Wednesday, July 8, 2009

Nasib Baik Seri!!!

Tadi aku dengan fiza pergi stadium Jcorp tengok perlawanan bolasepak.. Aku mmg selalu gaks gie stadium nie.. nak kate minat.. tak der lah minat sangat.. tapi disebabkan aku nie kerja agak tekanan.. so mcm nie lah salah satu untuk aku release kan tekanan aku..
So keputusan malam tadi Johor Fc 1 KL Plus 1..
Nasib baik seri.. kalau tak mau sumpah seranah aku kart diorang.. ehehehe

Semalam aku cuti.. aktiviti agak padat.. so mcm tak cuti jerk rase nyer.. Macam yang aku tulis dalam blog sebelum nie. yang aku nak pergi amik keta baru.. akhirnya hajat aku tue tercapai.. semalam keta baru aku dgn wife aku dah kuar.. eheheheh..
seronok nya... seronok sbb dapat keta baru.. lagi satu seronok sbb dapat gembirakan isteri aku tue..
Korang nak tgk gambar ker???
Cakap pasal gambar. nie yang buatkan darah aku menyiraaaaaaaappppppp!!.
Kamera aku rosak.. hantar repair sbb under warranty kart Jusco Tmn U, sampai sekrang masih tak ok lagik.. still masih di repair..
Tue yang susah nak amik gambar.. errmmm rase macam nak pakai DSLR plaks.. errmm..gatal betul aku nie.. ader jerk benda yang nak dibelikan kann..

Tgk arrr klw ader rezeki.. ingat sebelum raya nak beli satu DSLR.. tak kesah ape2 brand.. asalkan ok dan mudah digunakan..

Ok..lah.. aku pun dah ngantuk nie.. nanti aku upload gambar keta baru aku ok...

Monday, July 6, 2009

Aktiviti Hari Ini...

Hari ini jadual harian aku agak memenatkan..

Auntie aku dekat Negeri Sembilan ade buat kerja kawen..

Oleh kerana, adik beradik aku ade yang tak dapat pergi, so aku dah sepakat dengan abang aku untuk pergi ke majlis itu.. Penat gaks rase nyer..

Dari pukul 9 pagi aku keluar, sampai rumah dalam pukul 8 malam tadik..

Amat memenatkan...



Hari ini aku ambik cuti. So maknanya aku boleh bangun lewat sikit.. Eheheehe

Korang mesti nak tau kan kenapa aku ambik cuti..

1st kerana aku nak settlekan urusan wife aku yang tercinta.. yer lah kan dia nak start keja minggu depan, so dia kenalah update buku maybank, kwsp, then aku nak pergi pejabat agama untuk buat kad perakuan nikah dan macam2 lagik benda yang nak di buat.

sebab kedua pulak.. kerana aku punya Sales Advisor dekat Yong Ming Motor.. dah janji dengan aku untuk hand over keta baru aku.. semua benda dah settle tapi tinggal urusan JPJ jerk yang belum settle lagi..

Yeaaa.Yea... dapat pakai keta baru.. eheheheh.. Jangan MArah ok!!
Ok..lah nanti aku update blog ni lagi ok...

Jumpa Lagi!!

Friday, July 3, 2009

Tamatnya Zaman Bujang










Aku kenal isteri aku ketika kami sama-sama belajar di sebuah kolej di JB. Sepanjang perkenalan kami ini.. Berbagai dugaan hidup yang telah kami tempuhi.. Setelah 7 tahun mengenal hati budi.. Maka kami mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga.. Perkara nie berlaku dalam sekelip mata sahaja.. Apa yang aku masih ingat.. Pada bulan 0ctober 2008, Aku meminta pertolongan Pak Amin iaitu adik arwah ayah aku untuk datang merisik fiza bagi pihak aku..
Tanpa banyak soal, kami telah bersetuju untuk mengadakan majlis pernikahan pada 28/02/2009.. Makna nya hanya ada lebih kurang 4 bulan lebih untuk aku mengadakan persiapan.. Masa tue mmg satu benda pun kami tak prepared.. Kursus Kahwin pun belum sempat pergi, mak andam tak carik lagi, barang-barang hantaran, kad kahwin, semua kami tak sedia lagi.. Lepas adat merisik tersebut, aku dengan wife aku mula buat persiapan sikit demi sikit.. Bulan 11 kami pergi kursus kahwin, Then carik mak andam.. Buat kad kahwin.. cari photographer.. semua kami lakukan sendiri.. Yelah..orang mcm aku nie.. mmg kene berdikari lebih sikit.. maklum lah.. mak dengan ayah pun dah tak ader..
Sebut pasal arwah mak dengan ayah.. Kita kena sedekah Al-fatihah kepada mereka...
Setelah semua persiapan telah dilakukan, maka pada 28/02/2009 tepat jam 08.20 malam aku selamat dinikahkan oleh imam.. dan fiza telah sah menjadi isteri aku..
Saat tue aku rasakan terharu dan sedih dan macam - macam lagi perasaan yang tiba-tiba datang dalam diri aku..
Terharu sebab.. aku telah selamat jadi suami orang..
Sedih sebab aku tak dapat kongsi detik bersejarah aku nie dengan kedua ibu bapa aku..kalau mereka masih ada, mesti mereka gembira sebab nak diorang yang comel nie dah kawin.
So.. pada malam itu tamat lah zaman bujang aku...

Kenapa Aku Pilih Biggy556??

First time menulis.. Rasa mcm tak ader idea.. Nak pilih nama pun susah.. Last-last aku pilih biggy556.blogspot.com. Kenapa aku pilih nama tu???
Korang mesti agak pelik kan... eheheheh...
Ceritanya bermula pada 2 minggu lepas.. dalam 20 June 2009...
Yong Ming!!.. Apa yang korang terfikir kalau cakap pasal Yong Ming!! Dah tentu Honda Showroom kan???
Haaaaa....utk pengetahuan korang.. aku dgn wife aku mmg rancang nak tukar keta.. Benda nie kitorang rancang pun tak lama.. Adalah dalam sebulan lepas.. Memandangkan isteri aku dapat keja goverment.. so sebagai hadiah semangat dari aku.. aku nak hadiahkan dia sebuah kereta baru.. Antara kereta yang menjadi impian aku ialah Honda Civic.. alaaa yang model baru tue.. Tak dapat yang 2.0 atau Model Civic Type R.. aku dapat yang model 1.8 liter pun dah kira ok.. Tapi......
Disebabkan harga yang diluar kemampuan... kami lupakan sejenak kereta impian aku tue.. mgkin klaw ade rezeki..lain tahun aku akan dapat pakai gakss model Civic nie..
So setelah model Civic tue terkeluar dari senarai.. kami ke pilihan yang ke-2 pula..
Nak taw ape???.. cuba korang teka...
Kami telah ambil keputusan untuk cari kereta 2nd honda stream... Hampir seluruh JB aku mencari.. dengan penuh semangat menggeledah segenap finance kereta 2nd kart JB nie.. So aku jumper dalam 8 biji stream.. setelah buat shortlist ada dalam 3 biji yang memikat hati..
Test drive dah buat.. harga pun dah deal... tinggal hantar document jerk yang belumm.. hati aku macam berbelah bagi.. takut gaks nak ambik keta 2nd nie.. yerlah maintenance pun tak tau lagi macam mane... sbb nie lah pertama kali kami pakai Brand Honda nie.. So last last tak jadi...
Setelah membuat perbincangan untuk kali ke-3.. Kali nie kami decide.. nak ambil keta baru.. no 2nd hand.. Tapi Brand tetap HONDA... kenapa kami beriya-iya nak pakai Honda?? Nanti aku ceritakan... LAst-last..tanpa berlengah-lengah.. Pada 20/June/2009 aku ke Yong Ming Motor di Jalan Skudai.. Kami tempah sebuah NEW HONDA CITY.. kaler aku pilih Bold Biege.. alaaaa macam kaler gold lah kiranyerr... So setelah hampir 2 minggu menunggu.. Kak.Ain..iaitu sales advisor kami di YM Motor dah bagitau yang stock keta dah ade.. Plat no pun dia dah dapatkan.. Iaitu JLR556..
itulah sebabnya bog nie aku letak biggy556.. sempena kereta baru aku.... eheheheheh
Nanti pukul 10 pagi 3rd July 2009 aku nak bayar balance down payment... Harap-harap dapat keta hari nie...

Owwhhhh NEW Honda CITY!!!!........