Friday, September 18, 2009

Salam Syawal

Lagi dua hari, kita umat islam di malaysia akan menyambut syawal.. Hari raya memang akan dinantikan oleh setiap umat islam di seluruh dunia..
Bagi aku.. hari raya tahun ini, ada sedikit perubahan.. aku bakal menyambut aidilfitri ini bersama isteri aku.. Inilah aidilfitri pertama kami sebagai pasangan suami isteri.
Gementar... itulah perasaan yang menyelubungi aku.. gementar untuk menyesuaikan diri dengan keluarga wife aku.. tak tau kenapa..
Aku tengok..isteri aku terlalu gembira nak sambut hari raya kali nie.. eheheheh.. banyak betul persiapan yang dah dia buat.. dia yang sibuk.. sediakan itu.. sediakan ini.. dari pakaian raya sehingga keperluan rumah.. semua dia dah buat.
Ape yang aku harapkan agar.. hari raya ini akan berlaku sedikit perubahan..
perubahan dari hari raya sebelum-sebelum ini.. sejak mak dan ayah aku meninggal.. memang kenikmatan hari raya dah tak ada dalam hidup aku..
So..aku pun tengah menunggu hari raya tahun ini.. mesti meriah.. mesti family aku bertambah ceria kerana kehadiran NORAFIZA..
I Love U sayang...
Selamat Hari Raya..

Saturday, September 5, 2009

Kesian Wife Aku!!



Kesian Wife Aku!!..
Itulah tajuk cerita yang akan tulis untuk kali ni..
Wife aku selalu merungut yang dia dah tak larat nak jadi bahan eksperimen atau model aku. Dia selalu complaint dengan anak2 sedara kitorang yang dia penat layan kerenah aku.. Sejak aku beli camera baru.. memang dia lah yang sering jadi sasaran aku untuk amik gambar..
Yerr arr nak harapkan sape kart umah aku??? Dia sorang jerk yang sporting.. Ada gaks objek yang boleh aku shoot...
Terima kasihh cayangg sebab jadi model saya.. Nanti saya belanja awakk makan okies..
Korang nak tgk hasilnya..
eheheheheheh.....

Happy Besday Kak Nana





Semalam.. 4hb Sept merupakan besday akak aku..
Masuziana Binti Moslim. Mgkin nama akak aku nie akak unik dan tersendiri. Tak tau plaks aku macam mana arwah mak dengan ayah boleh dapat nama akak aku yang sorang nie.
Dengan ini secara rasminya akak aku telah berumur 30tahun.
Walaupun mempunyai kerja tetap dan agak baik, namun dia masih bersendirian. Aku sebagai adik hanya mampu berdoa semoga dia cepat mendapat jodoh.. dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan yang paling penting agar akak sentiasa sihat..
Setelah aku berkahwin dan berpindah ke rumah baru ini, aku tengok akak aku macam happy sikit.
Dulu masa dekat rumah lama, dia hanya bertemankan tv, mesin basuh dan mesin jahit. Mana tak nya.. klaw ade masa mesti dia memanjang tengok tv.. Lepas tu menjalankan rutin mingguan iaitu membasuh baju dua orang adik lelaki dia yang boleh dikatakan teramat malas. Dan hobi yang paling dia suka buat ialah jahit baju sendiri.
Sekarang lepas aku dah kawen ni, dia ade lah teman nak ajak borak.. Pulak tu si fiza pun rajin layan dia. Klw borak dalam bilik, sampai aku pun dia tak ingat.. So dapatlah akak kongsi cerita, kongsi rahsia, masalah dan macam2 lagi dengan isteri aku.
Aku memang suka klw fiza layan borak dengan akak, yerlah aku apa lagi.. dapatlah layan "Winning Eleven" secara tenang dengan adik aku.. ehehehehehhe

So..masa buka tadi aku, isteri aku dengan along aku celebrate besday akak dekat Jusco Tebrau. Layan Steamboat.. Sampai licin steamboat tue kami bedal..
Blurrppppp....Allhamdulillah...

Thursday, September 3, 2009

Masakan Indonesia.









Tadi masa tengah kerja, aku tiba-tiba rasa macam nak makan menu masakan Indonesia. Tak tau kenapa tiba-tiba tekak aku dengan kepala aku boleh bergabung untuk terpikirkan menu macam ini.
Korang penah tak rasa menu-menu kat bawah ini.
  • Satay Indonesia = daging sapi @ ayam tanpa apa2 rempah yang dibakar atas bara lepas tu digaul bersama kuah ala2 macam pecal dan diletak kecap Manis AA.
  • Bakso = Makanan tradisi Indonesia. Tanya jerk mana2 mat Indon mesti diorang tau.
  • Daging Rawon = Sup berwarna hitam sebab dicampur dengan Buah Keduak. Buah keduak nie pun aku pun tak tau macam maner bentuk nya.
  • Ayam Betutu = Makanan yang aku rasa masa kart Bali
  • Sate lilit = Makanan yang aku rasa masa kart Bali
  • Ayam Bakar Wong Solo = Antara ayam terbest penah aku makan.

Ntah bila aku dapat makan makanan nie lagi ekhh.. Aduuhhhh.. Dah lah tengah puasa nie.. Boleh plaks terpikir pasal makanan2 yang sedap..

Sabar...

Dugaan..
Dugaan...

Wednesday, September 2, 2009

Kenangan Di ChiangMai 2008








Pada 8/8/2008 compay aku buat satu conference dekat Chiang Mai Thailand.. Punya lah happy sampai tak terkata.. Inilah kali pertama aku ke luar negara.. Macam Jakun pun ada..
Selama nie tak pernah aku bayangkan yang orang biasa macam aku nie akan pergi jalan2 kart luar negara..

So pada 7/8/2008 kami semua berkumpul di JTI sales office dekat permas jaya, kami naik bas ke Changi airport. Aku pun tak tau kenapa diorang tak naik dari Senai jerk.. Mgkin nak kan kelainan kots.. So sampai dekat Changi.. kami kena tunggu dalam 2 jam untuk naik Flight..

So dalam pkul 1ptg kami naik Thai airways untuk berlepas ker Bangkok.. Owhhh..inilah mungkin jawapan kenapa kami perlu ker Singapore, sbb kami kena naik Thai airways.. Dalam flight nie mmg best.. sebab baru jerkk naik flight.. dah dapat rasa macam berada di Thailand.. Suasana nya sungguh best.. eheheheheh.. Dari Changi ker Bangkok amik masa 4 Jam lebih untuk sampai.

So bila tiba di Bangkok.. kami kena transit then naik lagi satu flight untuk ker Chiangmai.. Amik masa 45minit untuk penerbangan kali nie...
Sampai jerkk kart Chiangmai.. Kami menaiki bas untuk ke Holiday Villa Hotel Chiangmai.. Yang seronok nyer bas kami telah di iring oleh 4 buah motorsikal polis.. mmg rase macam VVIP time tue..

Kart sane macam2 aktiviti berlangsung..
Kami stay kart sana dalam 4 hari..Perasaan aku time tue terharu sangat.. sbb memang dari dulu aku cumer berangan2 untuk ke luar negara.. nak naik kapal terbang.. nak tgk tempat orang.. dan semuanya dah tercapai sejak aku kejer kart JTI nie...

Bulan Ramadhan 2009..

Nampaknya..dah begitu lama aku tak update blog ni.. Inilah masalah aku dari dulu.. Pada awal2..semangat..pastu nanti macam dah tak semangat plaks.. eheheh
ok.lahh..mulai hari ini.. aku akan cuba konsisten untuk update blog ni..

Tahun ini merupakan kali pertama aku menyambut ramadhan dengan isteri aku. Alhamdulillah..hari nie dah masuk 12 hari kita berpuasa.. dan tiada masalah antara aku dan isteri aku..

Waktu pagi, kami bersahur pada pukul 5.00pagi, sebelum tidur fiza ataupun akak nana akan sediakan makanan untuk bersahur ini, Then pagi tinggal panaskan jerkk.. So tak payah kelam kabut.. Bijak betul mereka kan... Nasib baik aku nie jenis yang tak kesah sangat.. ehehehehe

Untuk waktu berbuka pula, bulan puasa tahun ini amat berbeza dengan tahun2 yang lepas.. Nak tau kenapa???
Yer lah..mulai hari pertama puasa sampai semalam.. hari-hari kena makan mee.. kengkadang mee sup, mee bandung, laksa penang, mee goreng dan mcm2 mee lagik..
Dah tak ade menu nasi lagi.. uwaaaaaaa..... isteri aku dengan akak nana dah kawtim yang setiap kali buka tak boleh makan nasi.. kena makan mee jerrkkk... pandai betul isteri aku nie ayat akak aku.. sampai akak aku setuju dengan rules dia.. eheheheheheh
Tak per arr.. makan mee pun ok.. aku dah mula selesa.. sebab diorang masak sedap!! Sedap sgtt...

Itulah serba sedikit kisah bulan puasa aku setakat nie.. Nanti aku cerita lagi ok..