Friday, July 3, 2009

Tamatnya Zaman Bujang










Aku kenal isteri aku ketika kami sama-sama belajar di sebuah kolej di JB. Sepanjang perkenalan kami ini.. Berbagai dugaan hidup yang telah kami tempuhi.. Setelah 7 tahun mengenal hati budi.. Maka kami mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga.. Perkara nie berlaku dalam sekelip mata sahaja.. Apa yang aku masih ingat.. Pada bulan 0ctober 2008, Aku meminta pertolongan Pak Amin iaitu adik arwah ayah aku untuk datang merisik fiza bagi pihak aku..
Tanpa banyak soal, kami telah bersetuju untuk mengadakan majlis pernikahan pada 28/02/2009.. Makna nya hanya ada lebih kurang 4 bulan lebih untuk aku mengadakan persiapan.. Masa tue mmg satu benda pun kami tak prepared.. Kursus Kahwin pun belum sempat pergi, mak andam tak carik lagi, barang-barang hantaran, kad kahwin, semua kami tak sedia lagi.. Lepas adat merisik tersebut, aku dengan wife aku mula buat persiapan sikit demi sikit.. Bulan 11 kami pergi kursus kahwin, Then carik mak andam.. Buat kad kahwin.. cari photographer.. semua kami lakukan sendiri.. Yelah..orang mcm aku nie.. mmg kene berdikari lebih sikit.. maklum lah.. mak dengan ayah pun dah tak ader..
Sebut pasal arwah mak dengan ayah.. Kita kena sedekah Al-fatihah kepada mereka...
Setelah semua persiapan telah dilakukan, maka pada 28/02/2009 tepat jam 08.20 malam aku selamat dinikahkan oleh imam.. dan fiza telah sah menjadi isteri aku..
Saat tue aku rasakan terharu dan sedih dan macam - macam lagi perasaan yang tiba-tiba datang dalam diri aku..
Terharu sebab.. aku telah selamat jadi suami orang..
Sedih sebab aku tak dapat kongsi detik bersejarah aku nie dengan kedua ibu bapa aku..kalau mereka masih ada, mesti mereka gembira sebab nak diorang yang comel nie dah kawin.
So.. pada malam itu tamat lah zaman bujang aku...

No comments:

Post a Comment