Friday, September 18, 2009

Salam Syawal

Lagi dua hari, kita umat islam di malaysia akan menyambut syawal.. Hari raya memang akan dinantikan oleh setiap umat islam di seluruh dunia..
Bagi aku.. hari raya tahun ini, ada sedikit perubahan.. aku bakal menyambut aidilfitri ini bersama isteri aku.. Inilah aidilfitri pertama kami sebagai pasangan suami isteri.
Gementar... itulah perasaan yang menyelubungi aku.. gementar untuk menyesuaikan diri dengan keluarga wife aku.. tak tau kenapa..
Aku tengok..isteri aku terlalu gembira nak sambut hari raya kali nie.. eheheheh.. banyak betul persiapan yang dah dia buat.. dia yang sibuk.. sediakan itu.. sediakan ini.. dari pakaian raya sehingga keperluan rumah.. semua dia dah buat.
Ape yang aku harapkan agar.. hari raya ini akan berlaku sedikit perubahan..
perubahan dari hari raya sebelum-sebelum ini.. sejak mak dan ayah aku meninggal.. memang kenikmatan hari raya dah tak ada dalam hidup aku..
So..aku pun tengah menunggu hari raya tahun ini.. mesti meriah.. mesti family aku bertambah ceria kerana kehadiran NORAFIZA..
I Love U sayang...
Selamat Hari Raya..

No comments:

Post a Comment