Saturday, September 5, 2009

Happy Besday Kak Nana





Semalam.. 4hb Sept merupakan besday akak aku..
Masuziana Binti Moslim. Mgkin nama akak aku nie akak unik dan tersendiri. Tak tau plaks aku macam mana arwah mak dengan ayah boleh dapat nama akak aku yang sorang nie.
Dengan ini secara rasminya akak aku telah berumur 30tahun.
Walaupun mempunyai kerja tetap dan agak baik, namun dia masih bersendirian. Aku sebagai adik hanya mampu berdoa semoga dia cepat mendapat jodoh.. dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan yang paling penting agar akak sentiasa sihat..
Setelah aku berkahwin dan berpindah ke rumah baru ini, aku tengok akak aku macam happy sikit.
Dulu masa dekat rumah lama, dia hanya bertemankan tv, mesin basuh dan mesin jahit. Mana tak nya.. klaw ade masa mesti dia memanjang tengok tv.. Lepas tu menjalankan rutin mingguan iaitu membasuh baju dua orang adik lelaki dia yang boleh dikatakan teramat malas. Dan hobi yang paling dia suka buat ialah jahit baju sendiri.
Sekarang lepas aku dah kawen ni, dia ade lah teman nak ajak borak.. Pulak tu si fiza pun rajin layan dia. Klw borak dalam bilik, sampai aku pun dia tak ingat.. So dapatlah akak kongsi cerita, kongsi rahsia, masalah dan macam2 lagi dengan isteri aku.
Aku memang suka klw fiza layan borak dengan akak, yerlah aku apa lagi.. dapatlah layan "Winning Eleven" secara tenang dengan adik aku.. ehehehehehhe

So..masa buka tadi aku, isteri aku dengan along aku celebrate besday akak dekat Jusco Tebrau. Layan Steamboat.. Sampai licin steamboat tue kami bedal..
Blurrppppp....Allhamdulillah...

No comments:

Post a Comment